Sekat Iklan yang Tidak Diingini
di Google Chrome
Tidak semua iklan mengganggu dan tidak semua iklan tidak berguna. Tujuan menyekat iklan adalah untuk mengelak paparan-paparan yang tidak elok seperti gambar lucah dan arak yang terpapar secara tiba-tiba. Begitu juga iklan-iklan yang terlalu kerap seperti Widgeo dan sebagainya. Namun begitu, iklan-iklan bermanfaat seperti Nuffnang sudah tentu tidak mahu disekat oleh mana-mana blogger. Betul kan?!
- Pada menu Google Chrome anda, cari menu 'Extensions'. Klik dan perhatikan 'extensions' yang dimiliki oleh Google Chrome anda. Pastikan AdBlock tersenarai dan berada dalam keadaan aktif ('Enable').
- Jika AdBlock tiada dalam senarai, sila klick pada 'Get more extensions >>' yang berada dibahagian paling bawah senarai 'Extensions' anda.
- Setelah laman 'Google chrome extensions' dipaparkan, masukkan perkataan 'adblock' pada kotak pencari dan tekan butang 'search'.
- Klik pada 'AdBlock' yang tersenarai dan anda akan diarah ke laman pemasangan AdBlock.
- Klik butang 'install' dan tunggu hingga selesai.
- Tahniah! Google Chrome anda telah pun miliki fungsi penyekat iklan AdBlock.