Mesej Penting Untuk Pengguna Perkhidmatan Telekomunikasi Pra-bayar (Prepaid)





Mesej Penting Untuk Pengguna Perkhidmatan Telekomunikasi Pra-bayar (Prepaid)

Mulai 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan kepada semua pembelian pek baru perkhidmatan telekomunikasi pra-bayar dari mana-mana syarikat telekomunikasi.
 
Cukai perkhidmatan tersebut juga di kenakan setiap kali anda menambah nilai perkhidmatan pra-bayar.

Cukai perkhidmatan ini tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan pencukaian tempatan. Atas alasan ia telah lama dilaksanakan tetapi telah ditanggung oleh semua syarikat telekomunikasi atas tujuan mempromosikannya semenjak ia diperkenalkan pada 1998.
 
Maklumat lanjut, sila klik imej di bawah ini.