December 31, 2010


31 Disember 2010

Malam tu dah rancang kena tidurkan bebudak awal sikit. Apa taknya, walaupun PM dah umum Jumaat cuti, tapi sekolah mana boleh cuti. Makanya dalam pukul sepuluh semuanya dikerah masuk tidur. Macam biasa dengan ayahnya sekali ikut tertidur. Sejak malam tu taklah sempat nak "blog-walking". Jadi, sesiapa yang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya tu aku minta maaflah ya!

Tetiba dalam pukul tiga pagi Jumaat dapat panggilan telefon. Kalau dah "time" ni mesti ada kecemasan atau khabar yang tak baik. Jangkaan memang tepat. Adik ipar kata ayah tak sedar. Adik ipar terpaksalah minta bantuan jiran dan hubungi ambulan untuk bantuan. Lebih kurang jam hampir empat pagi, sah, ayah mertua sudah tiada lagi. Selepas berkemas dan siapkan kereta, selepas selesai solat subuh kami sekeluarga bertolak ke kampung.

Alhamdulillah!
Setelah meredah segala rintangan. Kami selamat sampai ke kampung pada jam dua-belas setengah tengahari. Sempat kami lihat wajah ayah buat kali terakhir.

Semuanya berjalan lancar. Solat jenazah dilaksanakan selepas solat Jumaat dan pengkebumian selesai dalam pukul tiga petang.

Semoga Allah swt tempatkan ayah ditempat yang terbaik disana.
Al-Fatihah!


Previous
Next Post »