New Template?

"Template" Baru?

Ingatkan mudah rupa-rupa tak juga. Walaupun semua "template" sudah disediakan, anda masih tidak dapat lari dari "setting" asas setiap "template" tersebut. Dengan kata lain, anda terpaksa ubah semula "setting" tersebut mengikut cita-rasa anda.

Sebagai contoh, anda telah sembunyikan paparan "banner" blogger pada "template" yang lama. Apabila anda ubah kepada "template" baru, paparan "banner" telah kembali seperti asal. Anda perlu ubah semula kod html untuk menyembunyikannya semula dengan memasukkan kod di dalam kotak hijau di bawah.

...
<b:skin><![CDATA[/*
-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name:     Rounders
Designer: Douglas Bowman
URL:      www.stopdesign.com
Date:     27 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
----------------------------------------------- */
#navbar-iframe {
   display: none !important;
}
/* Variable definitions
  ====================
   <Variable name="mainBgColor" description="Main Background Color"
             type="color" default="#fff" value="#ffffff">
   <Variable name="mainTextColor" description="Text Color" type="color"
             default="#333" value="#333333">
   ...

Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda muat-turun (save) kod html "template" asal anda sebelum membuat perubahan atau menukar kepada "template" yang baru. Langkah ini wajib dilakukan kerana tak semestinya apa yang kita lakukan akan terhasil seperti yang diharapkan. Sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku, anda hanya perlu memuat-naik semula kod html yang anda simpan tadi dan blog anda kembali seperti asal