Wubi

WUBI

Anda tahu tentang Wubi? Ia sebenarnya adalah sejenis ubi yang mula dibiakkan didaerah barat. Huruf "W" adalah singkatan kepada "tingkap" dimana ubi-ubi ini sesuai biakkan dikawasan-kawasan ber"tingkap" sahaja. Err! Kalian percaya ke apa yang saya cerita ni?

Wubi ni sebenarnya adalah kaedah mudah untuk memasang sistem operasi Ubuntu di komputer anda. Ia mudah kerana boleh di muat-turun melalui sistem operasi Windows dan seterusnya boleh dipasang sama seperti perisian-perisian lain di sistem operasi Windows.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Dapatkan perisian Wubi di laman ini.
  2. Setelah dimuat-turun, jalankan perisian wubi.exe untuk proses pemasangan. Pastikan anda masih dalam talian internet.
  3. Anda dikehendaki memberikan kata-perkenalan dan kata-laluan sebelum operasi pemasangan dijalankan. Wubi.exe akan mengenal-pasti jenis cpu yang anda gunakan dan memuat-turun sistem operasi Ubuntu yang sesuai.
  4. Tempoh habis pemasangan bergantung kepada kelajuan talian anda.
  5. Setelah habis sesi pemasangan, bolehlah anda menutup dan memasang semula komputer dan perhatikan bahawa anda kini mempunyai pilihan samada memasuki sistem operasi Ubuntu atau Windows. Maka pilihlah Ubuntu.
  6. Masukkan kata-perkenalan dan kata-laluan yang anda telah tetapkan tadi dan seterusnya anda telah pun selamat sampai ke daerah sistem operasi Ubuntu.
Selain Ubuntu terdapat banyak sistem operasi percuma yang lebih selamat dan menarik. Fedora Lenux, Debian Lenux, React OS, OpenSolaris, Darwin dan sebagainya

Selamat mencuba!