Selepas Dua Minggu



Selepas Dua Minggu

Keadaan si abang semakin pulih. Gelembung-gelembung air sudah mengering. Bekas-bekasnya telah mula menjadi kudis-kudis hitam. Jika tergaru, nampaklah lubang-lubang. Terlebih garu, berdarah.

Pada tahap ni dah tak perlu bimbang kerana ia dah tak berjangkit dah! Kata doktor, beberapa hari sebelum gelembung air muncul, sehinggalah gelembung air tersebut kering adalah waktu yang sangat mudah untuk ia merebak kepada orang sekeliling. Bukan air pada gelembung sahaja yang boleh merebak, malah air liurnya juga menyebarkan virus tersebut.


Nampak tak lubang? Tentunya rasa pedih dan gatal.


Yang betul-betul kering menjadi kudis hitam.

Masih ada lagi yang belum kering.