Pendedahan BPA



BAHAYA BPA


Umum mungkin telah sedar bahawa terdedahnya kita kepada pencemaran BPA bakal mengundang padah. Maklumat tentang perkara ini perlu disebarkan segera untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku terutama kepada ahli keluarga terdekat seperti isteri, adik, ibu dan sebagainya.

BPA atau bisphenol A adalah bahan kimia industri yang digunakan pada kebanyakan botol plastik serta bekas logam untuk menyimpan makanan. Bisphenol A sememangnya adalah bahan kimia yang boleh  menyebabkan gangguan hormon badan manusia yang memang sepatutnya dijauhi.

Antara kesan-kesan utama pencemaran BPA adalah serangan barah, masalah buah pinggang, masalah jantung serta diabetes. Ibu hamil yang tercemar dengan BPA berkemungkinan besar akan memiliki barah payu-dara.

Untuk kesejahteraan kita bersama, segeralah bertukar kepada produk yang bebas BPA. Harganya mungkin lebih mahal, tetapi kesihatan adalah yang paling berharga buat kita semua.