Petronas vs non-Petronas




PETRONAS LAWAN BUKAN PETRONAS


Haw ni sebenarnya pelanggan tegar Petronas. Sejak berkereta Haw memang akan ke Petronas untuk menggerakkan kereta kecil Haw tu. Kecuali atas sebab-sebab tertentu sahaja Haw akan ke stesen lain.

Tetapi sejak pelbagai isu atau pandangan yang Haw baca tentang Petronas, tak kiralah samada dari segi harga, kualiti serta kuantiti, secara tak langsung telah mendorong Haw untuk tidak terus setia dengan Petronas. Sejak beberapa minggu ni Haw dah mula beralih ke stesyen lain juga. Haw dah tidak tertumpu pada satu jenama sahaja, tetapi berubah-ubah mengikut selera semasa.

Memandangkan masih baru, Haw masih tak dapat nak mengkategorikan yang mana bagus atau yang mana tak bagus. Kalau boleh Haw nak buktikan sendiri apa yang dikomenkan orang pasal Petronas berbanding dengan jenama lain.

Tapi yang seronoknya, LB kat atas tu macam tahu je Haw singgah tempat dia. Atas sebab tu tergerak hati Haw nak tuliskan kat sini. Tapi cemburu pulak Haw tenguk muka kacak kat LB tu. Sebab cemburu rasa nak picit-picit je gambar dia tu. Korang tolong picit hidung dia tu boleh tak?.. hehe. Tak kisahlah kalau aku tak kacak macam tu. Bak kata arwah P. Ramli, lawa tidak tapi manis ada. Alhamdulillah!