20m3

SYOKNYA TINGGAL DI SELANGOR

Mohon maaf pada rakan-rakan sekalian. Bukan bermaksud nak kata negeri tempat lahir atau tempat menetap kalian tu tak syok berbanding Selangor, tapi syok yang satu ni lain sikit dari tempat kalian.

Ianya syok sebab nilainya hampir-hampir kepada percuma. Yang mana secara tak langsungnya menjimatkan. Apabila termasuk kategori jimat makanya ia telah mengurangkan lagi beban sara hidup yang semakin tinggi terutamanya di bandar-bandar besar seperti di Selangor.

Syok yang dimaksudkan adalah apabila Selangor mengenakan rebat bagi 20 meter padu pertama jumlah air yang digunakan. Sebagai bukti, cuba lihat bil air ini.



Sebelum ia dilaksanakan, ada kalanya Haw sengaja bayar lebih supaya tak perlu bayar bil pada bulan seterusnya. Tapi tak sangka pula pada bulan berikutnya rebat dilaksanakan. Sejak itu, jumlah terlebih bayar tersebut seperti tak luak-luak. Maksud Haw jumlah yang ditolak tersangatlah sedikit. Dengan sebab itu Haw tak segan-segan nak kata bil air Haw adalah percuma.

Siapa yang tak syok-kan bila dapat guna air bersih secara percuma. Oleh kerana gembira dengan situasi ini, Haw doakan semoga bil air di Selangor terus kekal murah pada tahun-tahun mendatang.

Tapi kalau nak bagi  seratus-peratus murah pun lagi bagus.
Boleh ke?