Excellent Quotes by Warrent Buffet

Nasihat Kewangan Warrent Buffet

Bercerita tentang pengurusan wang, saranan dari Warrent Buffet ini amat sesuai untuk dibuat rujukan.

Beliau sarankan agar tidak bergantung hanya pada satu sumber pendapatan. Malah menggalakan kita melabur supaya punyai lebih dari satu sumber pendapatan. Logiknya adalah jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada syarikat tempat bekerja, sekurang-kurangnya kita masih punyai sumber kewangan lain sebagai sumber pendapatan.

Apabila berbelanja, kita perlu berhemah supaya tidak boros dan tidak membazir. Beli hanya pada benda atau perkara yang penting sahaja. Kerana pada pendapat Warrent Buffet, jika kita membeli barang-barang yang tidak berapa diperlukan, tidak mustahil pada suatu masa nanti kita akan terpaksa menjual barang-barang yang sangat-sangat kita perlukan umtuk menyara hidup.


Kebanyakan kita apabila terima gaji pada setiap bulan, hampir kesemuanya habis dibelanjakan tak kira samada untuk bil atau untuk keperluan harian. Jika ada lebih baru terfikir untuk menyimpan. Ini sebenarnya bukan cara yang tepat. Seeloknya kita fikirkan dahulu untuk menabung sebelum ianya habis digunakan.

Pernah dengar dari orang-orang yang telah berjaya atau ahli perniagaan selalu sarankan kita agar ambil risiko untuk berniaga dan menjadi kaya-raya? Saranan tu tak salah, tetapi jika secara membabi buta pasti akan menyusahkan dan sia-sia. Apabila bercadang untuk berdepan dengan risiko, pastikan kita punyai persiapan untuk kemumgkinan kegagalan yang bakal dihadapi. Janganlah terlalu berani untuk melaburkan kesemua harta yang dimiliki.

Sifat tamak perlu dibuang ketika melabur. Jangan terlalu tamak untuk terus mendapatkan hasil yang banyak dengan serta merta. Cara ini akan membinasakan sebagaimana perumpamaan "Do not pull all egg in one basket" oleh Warren Buffet kerana jika ia dilakukan kita mungkin tak termampu untuk kendalikannya dan bakal memusnahkannya.

Akhir sekali, Waren Buffet menyatakan bahawa kejujuran adalah pemberian yang sangat bernilai. Namun begitu janganlah mengharapkannya pada orang-orang yang rendah maruahnya. Mungkin maksud beliau adalah apabila beurusan dengan kewangan, ramai manusia akan mula pudar sifat jujurnya. Oleh itu, berurusanlah dengan mereka yang kita benar-benar pasti bersikap jujur dalam menguruskannya.