Kenapa huruf pada papan kekunci (keyboard) tidak teratur?


Papan kekunci atau "keyboard" adalah tidak asing lagi sejak computer telah diperkenalkan. Kalau dulu mungkin hanya di pejabat-pejabat, tetapi kini samada di universiti, di sekolah dan juga di rumah, papan kekunci amat diperlukan. Malah, di setiap telefon juga perlukan papan kekunci.

Tetapi, kenapa ya? susunan huruf-huruf pada papan kekunci disusun tidak teratur sedemikian rupa?

Papan kekunci muncul pertama kalinya masih dalam bentuk mesin taip pada tahun 1868. Ia diperkenalkan oleh Christopher Latham Sholes. Mesin taip ini masih diperingkat asas, masih menggunakan tangkai-tangkai besi untuk mencetak huruf pada kertas putih.

Ketika ia mula dicipta, susuannya masih mengikut turutan abjad ABCD. Ia memudahkan pengguna mencari huruf dan mengeja. Kerana terlalu mudah, para pengguna sangat cekap menggunakannya. Tetapi, itu bukanlah sesuatu yang bagus kerana tangkai-tangkai besi untuk mencetak huruf seringkali tersangkut antara satu dan lain kerana bergerakan yang sangat pantas ketika menaip.

Gara-gara masalah ini, akhirnya pada tahun 1873 seorang ilmuwan bernama E. Remington mengilhamkan susunan huruf seperti yang terdapat pada papan kekunci yang kita gunakan sekarang. Matlamat utamanya adalah untuk mencegah kerosakan pada mesin ketik. 

Pada ketika itu, inilah cara yang difikirkan sesuai dan dipersetujui oleh para ilmuwan untuk menggunakan kombinasi huruf QWERTY pada mesin taip. E.Remingkon menganggap kombinasi ini adalah yang paling sulit tetapi telah berjaya mengurangkan kadar kerosakan mesin taip pada ketika itu.

Kaedah susunan ini terus dikekalkan sehingga ujudnya komputer kerana para pengguna telah biasa dengan kombinasi ini. Walaupun masalah tangkai-tangkai besi sudah tidak mungkin berlaku lagi.

Rujukan: Brilio.net (09/06/2015)
Latest
Previous
Next Post »