PAUTM : Cadangan untuk mengadakan gerai jualan sempena homecoming ALUMNI 2010


CADANGAN UTK MENGADAKAN GERAI JUALAN SEMPENA HOMECOMING ALUMNI 2010
Entry ini khas ditujukan kepada semua Alumni UTM yang berminat memeriahkan majlis dengan membuka gerai di Rumah Alumni. Kepada yang berminat silalah hubungi pihak sekretaria sebelum 15/12/2010. Berikut dilampirkan surat makluman dari pihak Sekretariat Homecoming Alumni 2010.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni UTM (PAUTM) dengan kerjasama Unit Perhubungan Alumni (UPA) UTM akan menganjurkan majlis Homecoming Alumni 2010 pada 4 & 5 Disember 2010. Pada 5/12/2010, Sekretariat bercadang mengadakan Pertandingan Golf manakala pada 4/12/2010 satu majlis makan malam akan diadakan di perkarangan Rumah Alumni, Jalan Maktab, KL.
Pada 4/12/2010 (Sabtu) juga Sekretariat ingin membuka peluang kepada mana-mana Alumni yang berminat untuk membuka booth/gerai sempena Homecoming ini di Rumah Alumni. Oleh itu, Sekretariat ingin meminta pandangan/cadangan/respond daripada semua Alumni yang berminat untuk menyertainya:
1.      Jika anda berminat, sila berikan nama & no.contact untuk kami hubungi.
2.      Apakah jenis barangan/produk yang akan dijual oleh anda?
Kami berharap anda dapat memberikan kerjasama kepada kami dan membalas email selewat-lewatnya pada 15/12/2010 ini. Jika anda tidak berminat sila abaikan email ini. Ribuan terima kasih diucapkan.

Yang benar,
Sekretariat Homecoming Alumni 2010

Previous
Next Post »