Wahai Para-Blogger, Kamu Sebenarnya Macam Lidi


Wahai Para-Blogger, Kamu Sebenarnya Macam Lidi!

Wahai blogger-blogger sekalian! Korang sedar tak bahawa korang tu semua macam lidi. Kalau korang rasa korang bukan lidi, maka sedarlah bulu ayam yang se(urat? pelepah? sehelai? - tolong betulkan)  pun sesuai untuk korang. Masih tak mahu mengaku? Seurat benang kot!

Ini adalah bulu ayam. Ayam apa ek?

Ada yang panas ke dengan kenyataan di atas. Kalau tanya Haw, semua kenyataan tu Haw terima. Kalau kita sendirian, tentu susah orang nak nampak kita. Sama macam lidi, bulu ayam dan benang. Cuba letak jauh sikit. Boleh nampak ke? Orang yang tak rabun pun tak nampak, inikan pula si rabun yang tak pakai cermin mata.

Kesiankan pada blogger-blogger persendirian macam kita ni. Terpaksalah cari shoutmix, cbox dan sebagainya untuk mempopularkan diri. Lepastu kena tipulah pulakkk!

Daripada kenyataan di atas, apakah sebenarnya cara yang paling sesuai untuk tonjolkan atau serlahkan si lidi, si bulu ayam dan si benang tersebut?

Previous
Next Post »