Campak



Campak

Takde sesiapa yang nak dicampak hari ini. Sebab tajuk hari ni bukan pasal campak-menyampak sesiapa, tetapi pasal demam campak.

Ketika serangan virus cacar menyerang si abang, Haw menjangkakan ia tentu akan merebak pada adik beradik lain. Silap-silap, mak-ayah, sepupu-sepapat, jiran-jiran pun mungkin akan terkena jangkitan. Tapi alhamdulilah, tak dengar lagi sesiapa yang terkena. Walau pun si nenek yang suka-rela nak tolong tengokkan cucu dia ni, masih terselamat dari jangkitan. Mungkin dulu dah pernah kena kot! atau dah ada anti-bodi yang halang ia berjangkit.

Tetiba si adik yang tak cukup setahun ni pula yang tiba-tiba demam. Panas sungguh badannya. Yang pelik, dah diberi ubat pun suhu badan masih tak turun. Sedangkan abang yang kena teruk tu pun taklah demam macam ni. Jangkaan Haw si adik ni mesti nak kena macam abang dia. Tapi tak ada pula tanda-tanda akan dijangkiti virus cacar.

Apabila dah tiga hari demam panas tak kebah, terpaksalah dibawa semula berjumpa doktor. Dan doktor kata "ni nak kena bawa ke hospital ni.. kena ambil darah". Kami pun akurlah. manalah tahu kot-kot penyakit lain.. denggi ke!.. selsema burung ke!.. almaklum musim hujan. Maka pada malam tu juga si adik dibawa ke wad kecemasan untuk diambil darah.

Uit! tak sangka pula ramai pesakit. Katil semua penuh. Dalam hati Haw "Elok tu! tak payah kena tahan wad". Setelah menunggu hingga ketengah malam, keputusan darah diterima. Kami dimaklumkan tiada apa-apa yang bahaya dan dia cuma demam biasa sahaja. Alhamdulillahhh!.. tetapi masih perlu berjumpa doktor pakar esoknya untuk pastikan samada ada sebab-sebab lain suhu badan si adik tak turun-turun.

Pada esok siangnya, tetiba suhu badan adik mula turun. "Apalah adik ni, buat sakit badan je kena cucuk ambil darah". Memandangkan adik dah macam nak baik, maka tak jadilah bawa dia jumpa doktor pakar. 

Rupa-rupanya petang tu baru bintik-bintik merah keluar dari badan si adik. Habis penuh satu badan dipenuhi bintik merah. Adik pun mula tergaru sana, tergaru sini.. gatallah tu! Pada masa tu barulah tahu rupa-rupanya adik kena demam campak. Selepas semua bintik-bintik merah habis keluar, barulah suhu badan adik mula turun.

Pada hari ni, dia dah tak demam dah!.. dah mula ceria dan cergas macam asal. Bintik-bintik merah pun dah mula berkurang. Alhamdulillah!



Dah nak baik dah.


Bahagian peha adik.

Bintik merah di lengan adik.



Previous
Next Post »