"Website Locking" untuk Kotak Jerit (ShoutBox)

Catatan hari ini khas buat sahabat-sahabat blog (blogger)
yang masih tidak menyedari fungsi "website locking" pada kotak jerit.

Di sini Haw kongsikan talian ke alamat kotak jerit iShoutbox untuk blog M@T@HaW.

[ http://matahaw.ishoutbox.com ]
Sila salin alamat talian kotak jerit ini.

Sila pastikan anda tutup blog M@T@HaW terlebih dahulu 
sebelum membuka talian kotak jerit iShoutbox tersebut.

Jika anda mempunyai lebih dari satu pelayar (browser) seperti 
FireFox, Chrome, Internet Explorer, Lunascape, Maxthon, Safari dan sebagainya, 
anda juga boleh cuba untuk membuka alamat kotak jerit tersebut pada mana-mana pelayar 
tanpa membuka blog M@T@HaW.

Tanpa "website locking",
anda akan peroleh paparan seperti ini.




Dengan "website locking",
inilah mesej yang tertera apabila anda membuka alamat kotak jerit tersebut tanpa membuka blog.
Error: Either your browser does not send referrer details, or you are loading this shoutbox directly. ]

Moralnya, setelah kita bersusah payah mencari kotak jerit yang selamat,
apakah faedahnya jika kita masih tak aktifkan fungsi "website locking" yang disediakan.
Maka tak hairanlah jika berlaku seperti apa yang Haw telah terangkan sebelum ini.


Previous
Next Post »