Pesanan Kepada Blogger Agar Jangan Buat Fitnah



PESANAN KEPADA BLOGGER AGAR JANGAN BUAT FITNAH


Tajuk hari ni sangat jelas. Mengingat serta mengajak para blogger agar tidak terjebak dengan sebarang bentuk fitnah. Sebagaimana ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika di Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar baru-baru ini.

Berikut adalah catatan Haw terhadap ucapan tersebut:
  1. Blogger perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.
  2. Blogger perlu mempunyai sifat-sifat yang mulia agar tidak menulis perkara-perkara fitnah.
  3. Blogger perlu sentiasa menyampaikan perkara-perkara yang benar.
  4. Blogger perlu elakkan usaha penyebaran unsur-unsur jahat dengan niat.
  5. Blogger perlu mengubati penyakit menyebar fitnah dengan tidak membudayakannya.
  6. Blogger perlu sedar bahawa amalan menulis tanpa khemah yang tidak diubati akan menjadikan budaya yang tidak sihat.
  7. Blogger perlu mempunyai pengetahuan agama yang kuat.
  8. Blogger perlu kepada pembelajaran kesasteraan untuk memantapkan penulisan.
  9. Blogger perlu mempunyai penulisan yang mantap serta nilai tersendiri bagi menarik minat pembaca.
  10. Blogger perlu mempelajari bagaimanakah cara untuk menjawab setiap isu fitnah.
  11. Blogger perlu menjawab isu fitnah dengan menitik berat serta mengambarkan nilai-nilai keIslaman.
  12. Blogger perlu biarkan pembaca menilai siapa yang betul mahupun tidak.
  13. Blogger perlu persaingan kerana ia mendatangkan kesan kepada apa yang dilakukan.
Semoga apa yang baik dijadikan ikutan. Mana-mana yang silap, harap tolong sama-sama kita perbaiki.