Aku dimalukan?
PATUTKAH ANDA BERASA DIMALUKAN?
Anda telah diberi satu tugas khas untuk diuruskan. Oleh kerana tugas tersebut sangat penting, anda telah diberikan seorang pembantu untuk melaksanakannya. Dengan ertikata lain, anda adalah seorang yang sangat dipercayai untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Tatkala anda sedang bersiap sedia untuk memikul tugas yang diberikan, anda diberitahu bahawa sebahagian dari tugas itu telah diberikan kepada orang lain untuk diuruskan.
Jika situasi di atas benar-benar berlaku pada anda, perlukah anda berasa malu? Perlukah anda rasa terhina? Perlukah anda rasa dipermain dan diaibkan?
Pada pandangan anda, kenapa perkara tersebut berlaku?
Adakah kerana tugas itu diberi secara terpaksa?Atau mungkin timbul rasa tak yakin pada anda?Jika ya, kenapa tugas tersebut tetap juga diberikan pada anda?Ada kemungkinan tak yang majikan anda tu sengaja nak mengena anda?Atau mungkin sekadar untuk mengaibkan sahaja kerana seolah-olah anda tak mampu laksanakan dan perlukan orang lain untuk membantu.
Jadi, apakah tindakan yang terbaik untuk selesaikan masalah tersebut?
Related Posts :