Saya Bukan Ustaz

Awal-awal lagi beliau dah kata beliau bukan ustaz. Tapi hadirin tetap juga nak gelarkan beliau ustaz. Pada Haw tak kisahlah samada nak panggil beliau ustaz atau tidak. Kerana gelaran tu cuma gelaran biasa-biasa sahaja.

Tapi itu pendapat Haw. Lain pula pendapat orang lain. Tak kurang ada yang melenting dan mencemuh apabila orang yang dulunya bukan ahli agama dengan tiba-tiba masuk ke surau-surau untuk berceramah.

Tak hairanlah kenapa ada yang bersikap begitu. Kerana sesetengah orang memang susah nak terima sesuatu perubahan secara mendadak atau secara tiba-tiba. Sesetengah orang memang susah nak terima bahawa orang yang dulunya aktif dan terkenal dengan alat musik, secara tiba-tiba berubah.

Itu hak dan pandangan masing-masing. Asalkan tidak melampaui batas Haw hormati alasan tu. Tapi tak mustahilkan bila Allah nak buka hati seseorang yang menyebabkan ia tiba-tiba terus berubah menjadi insan yang lebih baik?

Pada Haw jalan terbaik adalah meneliti dahulu sebelum terang-terangan mencemuh dan membenci. Setelah itu barulah menilai dan bertindaklah dengan cara beradap dan tidak keterlaluan.

Huraian Haw di atas adalah merujuk kepada saudara Sham Kamikaze yang telah dijemput khas sempena program istimewa di pejabat. Kuliah Zohor pada hari tersebut telah dibatalkan untuk memberi laluan kepada program solat hajat, tahlil dan ceramah atau sesi perkongsian pengalaman dari  saudara Sham Kamikaze sebagai penceramah jemputan.

Tahniah diucapkan pada ajk surau yang telah menjayakan program tersebut. 
Sambutan sangat menggalakkan hingga jumlah hadirin melimpah keluar dari kawasan surau.

Tahniah!

Berikut adalah gambar kenangan kami bersama saudara Sham Kamikaze.