SINGLE LADIES : Am I "Andartu"?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss dipejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja. Malu untuk bergaul dan berdamping dengan staf-staf di bawah mereka."
- ResepiRahsiaKu.com (04/02/2012)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kata-kata di atas seperti ada benarnya. Bukan menghina mahupun mengata, tetapi dari pengamatan atau pemerhatian mengiyakan kata-kata tersebut. Kelihatan memang benar, berkedudukan tinggi dan berkerjaya seseorang wanita andartu menyebabkan mereka semakin lama semakin terasing. Bukan dipinggir atau dipulau, tetapi seolah-olah atas pilihan sendiri agar tidak mahu bergaul dengan staf-staf bawahan. Tak pasti apa alasannya mereka memilih untuk hidup terasing sebegitu. Mungkin kerana ego atau mungkin mahu menjaga status.

Pergaulan dengan staf-staf bawahan kebiasaannya hambar dan sering kali menimbulkan ketidakselesaan. Bukan sahaja terhadap staf lelaki, tetapi terhadap staf wanita juga. Suka marah-marah apatah lagi mengarah-arah serta mudah melenting atas sebab-sebab yg tak munasabah walau pun hanya dengan perkataan "tak tahu". Maka tak hairan jika staf-staf menjauhkan diri. Secara tak langsung semakin terasinglah ia dari orang-orang disekelilingnya. 

Rasanya tak salah jika andaian terbaik mengapa mereka bersikap sebegini adalah semata-mata kerana ego. Seolah-olah mahu menunjukkan betapa hebatnya mereka seorang wanita berumur yang hidup keseorangan tetapi masih mampu memegang jawatan tinggi dan sangat-sangat berkehendakkan agar semua staf-staf bawahan perlu hormat kepadanya.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Wanita-wanita istimewa ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang-orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi."
- ResepiRahsiaKu.com (04/02/2012)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mungkin ada benarnya. Dari pemerhatian, mereka sangat akrab dengan lelaki yang setaraf dengannya. Kemesraannya sangat berbeza dan sungguh ketara berbanding dengan hubungannya atau pergaulan dengan staf-staf bawahan. Ada masanya nama-nama orang atasan atau CEO tertentu disebut-sebut berulang-ulang kali seakan-akan idola atau mungkin telah jatuh hati padanya. Maka sekali lagi tak dapat dinafikan, bahawa pendapat yang mengatakan mereka mengharap bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga mungkin ada kebenarannya.

Berkata jujurlah wahai lelaki. Adakah anda rela beristerikan wanita seperti apa yang digambarkan itu? Berpenyakit ego dan suka memerintah. Jika tidak, kita sependapat. Bukan buat isteri, buat kawan pun kita tak mahu. 

Namun begitu, tak dinafi masih ada lelaki yang sudi. Yang sudi itu termasuk dalam dua kategori. Samada benar-benar ikhlas atau ada sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana harta, mahu mempermainkan atau menganiaya.

Oleh itu suka dinasihatkan, jika anda tergolong sebagai andartu seperti yang digambarkan penulis ResepiRahsiaKu.com itu, maka cepat-cepatlah berubah agar lebih mesra terhadap orang-orang disekeliling tanpa mengira pangkat mahupun darjat. Ada banyak hikmahnya bila kita punyai ramai hubungan rapat. Hidup lebih bererti walaupun masih tak bersuami. Siapa sangka, dengan usaha serta doa kepadaNya, walau lambat insyaAllah seorang lelaki sempurna bakal menjadi suami yang bukan sahaja di dunia tetapi kekal hingga ke syurga.

Kepada yang mungkin terasa mahupun berasa tidak selesa terhadap pandangan di atas, bahawasanya ia adalah sekadar pendapat peribadi berdasarkan pengamatan setempat. Mungkin ada benarnya, mungkin juga tidak. Apa-apa sahaja yang baik dari pengamatan ini kita sama-sama ambil iktibar. Yang mana-mana tak elok, kemaafan dipinta.


Previous
Next Post »