Tiga Sebab Beruntung dan Ruginya Wanita Dianugerahkan Rahim

3 SEBAB BERUNTUNGNYA WANITA MEMPUNYAI RAHIM

1) Dia bekerja dengan Allah, jadi 'kilang 'manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita. Jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga.

Sumber rujukan :
(08/02/2012)
3 SEBAB RUGINYA WANITA MENSIAKAN-SIAKAN RAHIM

1) Satu-satunya tugas yang Allah berikan kepada wanita yang tak dapat dilaksanakan oleh lelaki. Apabila mensia-siakannya, maka tak dapatlah ia melaksanakan tugas khas yang dianugerahkan Allah itu kepadanya.

2) Kalau nak cuti 60 hari kena ambil cuti tanpa gaji. Apatah lagi cuti solat, itu lagi tak boleh kecuali pada hari-hari cuti khas setiap bulan. Berbeza dengan cuti beranak, walau cuti, gaji tetap diterima. Bercuti pun bukan sendiri, tetapi bercuti disamping si comel.

3) Rugi sebab dosa-dosanya tak dapat pengampunan Allah seperti wanita yang sedang  mengandung dan melahirkan. Juga mensia-siakan peluang mati syahid. Bukankah mati syahid itu idaman semua manusia beriman. Peluang mati syahid ini khas untuk wanita sahaja. Manakala lelaki perlu usaha lain untuk mendapatkan mati yang tanpa hisab dan dihantar terus ke syurga serta kekal selamanya disana.
 


Geng Dua-pupu Sebaya.