Cahaya Mata

Budak-budak ada macam-macam jenis ragamnya. Walau banyak ragam, itu sebenarnya adalah perkara biasa. Ragam sepontan mengikut keadaan semasa dan suasana disekelilingnya.

Tatkala sedang ceria, ia sungguh menghiburkan. Dengan sikap manjanya, hati mana yang tak rasa sayang. Tapi bila dah mula meragam, ibu yang dah mengandungkan dan memberanakkan pun boleh naik geram. 

Itulah lumrah hidup, perkara biasa yang perlu dihadapi bila dianugerahkan cahaya mata.
Cuba lihat gambar. Ini pun perkara biasa juga. Rasanya semua ibu bapa akan setuju kalau Haw kata budak-budak memang suka main bedak. Rasanya boleh dikatakan semua anak-anak kecil suka lakukan pekara ni. Kenapa ya?