Cakar

Tentu rasa sakit dan tidak selesa bila tercakar oleh duri pohon mawar. Rasanya pedih lagi bila di cakar seekor kucing. Jika anda punyai kedua-dua pengalaman ini tentunya anda dapat merasai apa yang Haw cuba ceritakan.

Cuba bayangkan jika seluruh wajah dicakar-cakar seperti itu. Selain di wajah, di badan juga dicakar-cakar seperti itu. Pedih kan?

Alkisah, pada suatu pagi untuk tunaikan solat subuh. Badan terasa tidak selesa. Aduh, pedihnya bila terkena air. Selesai mandi, dengan serta merta mencari cermin. Alangkah terkejutnya bilamana terdapat banyak kesan cakar pada muka dan badan.

Persoalannya adalah bagaimana boleh terdapat banyak kesan cakar tersebut semasa sedang tidur? Dan yang paling misteri siapakah yang lakukan cakaran tersebut? Sedangkan di rumah tiada kucing. Tikus pun tak ada. Mungkinkah jin yang punya angkara? Menakutkan.

Adakah anda juga pernah alami perkara yang seakan-akan sama seperti ini? Harap kalian sudi untuk berkongsi.