AdBlock for Chrome!

Sekat Iklan yang Tidak Diingini
di Google Chrome

Tidak semua iklan mengganggu dan tidak semua iklan tidak berguna. Tujuan menyekat iklan adalah untuk mengelak paparan-paparan yang tidak elok seperti gambar lucah dan arak yang terpapar secara tiba-tiba. Begitu juga iklan-iklan yang terlalu kerap seperti Widgeo dan sebagainya. Namun begitu, iklan-iklan bermanfaat seperti Nuffnang sudah tentu tidak mahu disekat oleh mana-mana blogger. Betul kan?!


Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menyekat iklan dengan menggunakan AdBlock Plus.
  1.  Pada menu Google Chrome anda, cari menu 'Extensions'. Klik dan perhatikan 'extensions' yang dimiliki oleh Google Chrome anda. Pastikan AdBlock tersenarai dan berada dalam keadaan aktif ('Enable').
  2. Jika AdBlock tiada dalam senarai, sila klick pada 'Get more extensions >>' yang berada dibahagian paling bawah senarai 'Extensions' anda.
  3. Setelah laman 'Google chrome extensions' dipaparkan, masukkan perkataan 'adblock' pada kotak pencari dan tekan butang 'search'.
  4. Klik pada 'AdBlock' yang tersenarai dan anda akan diarah ke laman pemasangan AdBlock.
  5. Klik butang 'install' dan tunggu hingga selesai.
  6. Tahniah! Google Chrome anda telah pun miliki fungsi penyekat iklan AdBlock.
Previous
Next Post »