Solutions to Block Pop-up Ads in Firefox

 
Sekat Iklan Pop di FireFox

Penyelesaian #1: Menyah-boleh fungsi "Javascript".

Lebih kurang 99% iklan-iklan laman sesawang menggunakan fungsi "Javascripts". Dengan itu, cara yang paling mudah dan pantas untuk menghapuskannya adalah dengan menyah-bolehkan fungsi Javascript. Cara-cara untuk melaksanakannya di FireFox adalah seperti berikut:

1. buka "Tools menu"
2. klik "Options"
3. pilih tab "Content"
4. buagkan tanda pada kotak “Enable Javascript”
5. klik "ok"

Kaedah ini mampu menyekat 99% iklan-iklan yang tidak diingini. Tetapi kaedah ini mempunyai kelemahan, dimana secara tak langsung kesemua laman sesawang yang berkomunikasi menggunakan fungsi "Javascript" akan terganggu. Bagaimanapun, ia bukanlah masalah yang besar kerana fungsi "Javascript" tersebut boleh diaktifkan semua pada bila-bila masa dengan langkah-langkah yang sama seperti di atas.


Penyelesaian #2: Menggunakan aplikasi tambahan "AdBlock Plus".

Kaedah ini sungguh bermenafaat sehingga memberikan impak yang besar dan telah tersenarai di "PC World Best Products of 2007".

Caranya mudah. Dapatkan aplikasi tambahan "AdBlock Plus" di laman sesawangnya, dimuaturun dan dipasang pada FireFox anda.
Previous
Next Post »