Insuran Lebih Mahal Untuk Proses Tuntutan Yang Lebih Cepat

Insuran Lebih Mahal Untuk Proses Tuntutan Yang Lebih Cepat

Lapuran The Star hari ini mengatakan untuk mempercepatkan proses tuntutan, bayaran primium insuran kenderaan harus ditingkatkan.

Secara sepontan terfikirkan perkara-perkara berikut:
  1. Kos sara-hidup semakin meningkat. Secara tak langsung masyarakat bertambah terbeban dengan peningkatan ini.
  2. Kenaikan harga minyak secara tidak langsung menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Tidak mustahil, kenaikan harga primium insuran kenderaan juga akan menyumbang kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
  3. Tiada jaminan atau bukti bahawa proses tuntutan akan disingkatkan apabila primium dinaikkan.
  4. Tuntutan-tuntutan biasanya bersifat sekali-sekala hanya apabila berlaku kes-kes yang melayakkannya. Dengan itu, membayar dengan harga mahal untuk sesuatu yg tak pasti pada setiap tahun amatlah merugikan dan tidak adil.
Mohon dipertimbangkan perkara-perkara diatas. Mana yang salah tolong perbetulkan. Tentunya apa-apa sahaja yang berkaitan dengan peningkatan sara-hidup, teramat-amatlah tidak dialu-alukan.

Yang pasti, perkhidmatan pengangkutan awam perlu ditingkatkan dahulu sebelum kos-kos seperti ini dinaikkan. Sekurang-kurangnya masyarakat mempunyai alternatif memilih sesuatu yang lebih menjimatkan.

Memandangkan perkhidmatan pengangkutan awam masih ditahap yang amat-amat tidak memuaskan, sepatutnya cadangan meningkatkan kos primium ini tidak diketengahkan apatah lagi untuk dilaksanakan.

Previous
Next Post »