UBUNTU



Pernah dengar tentang Ubuntu? Pernah tak terfikir untuk menggunakannya? Atau mungkin ini adalah pertama kali anda dengar tentang Ubuntu. Kalau Haw kata ia percuma dan mudah digunakan, adakah ia serba sedikit memberi keterujaan pada diri anda?

Haw lebih suka kata bahawa Ubuntu ni sebenarnya adalah musuh kepada Windows (Microsoft). Kenapa? Sebab Ubuntu adalah percuma. Sedangkan Windows, anda perlu ada lesen untuk menggunakannya. Dan lesen tersebut perlu dibayar. Begitu juga dengan perisian-periannya yang lain seperti Microsoft Word, Excel, Outlook dan sebagainya.

Bagi anda yang dah biasa menggunakan Windows secara haram, dan anda tidak tertangkap, mungkin keujudan Ubuntu tidak memberi apa-apa makna. Tetapi, jika anda benar-benar serius dengan alam internet seperti perniagaan dalam talian, penggunaan Windows berlesen sepatutnya termasuk dalam senarai anda. Jangan lupa, senarai-senarai Microsoft Word, Excel, Outlook berlesen pun termasuk juga ya!

Tetapi dengan Ubuntu, anda bukan sekadar memasang sistem operasinya (OS - Operating System) sahaja, tetapi juga perisian-perisiannya yang setanding perisian Microsoft seperti Open Office dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, jika anda rasa sudah tidak mahu Microsoft bertambah kaya, maka inilah masanya untuk anda berhijrah ke Ubuntu. Benda percuma, takkan tak mahu kot!

Previous
Next Post »