Aku Si Getah Gelang
Kelahiran aku sungguh bermakna. Sangat diperlukan dimana sahaja, atas pelbagai tujuan.
Dikala aku sangat-sangat diperlukan, tetapi mengapa aku masih dianggap tidak berharga? Aku umpama tiada nilai pada mereka. Diperguna hanya ketika diperlukan. Dibuang begitu sahaja apabila khidmatku sudah tidak dikehendaki.
Lihatlah aku kini, terbiar sendiri di atas kotak yang kotor ini. Di dalam workshop yang penuh minyak hitam.
Mujurlah ada pelanggan yang simpati lalu menulis pasal aku tatkala menunggu kereta siap dibaiki. Ahak!