Jom Bayar Cukai




Cukai Pra-bayar Dikuatkuasa


Ingat lagi tentang isu cukai perkhidmatan sebanyak 6%? Isu yang melibatkan setiap lapisan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan pra-bayar. Isu ini melibatkan anak-anak kita, adik-adik kita yang bersekolah, rakan-rakan kita yang cacat, orang-orang tua seperti emak dan ayah kita dan mereka yang lainnya yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Tentunya kita amat-amat mengharapkan ia dimansuhkan sepenuhnya pada perbentangan budget kelmarin. Namun ia adalah harapan yang tinggal harapan kerana cukai tersebut tidak dimansuhkan tetapi telah sah dikuatkuasakan sepenuhnya. Dengan itu, bersedialah kita untuk membayar cukai tersebut apabila ia dilancarkan kembali oleh setiap syarikat telekomunikasi tidak lama lagi.

Berikut adalah salinan laporan berkaitan isu ini yang cuba diketengahkan oleh Harakahdaily.net.


Previous
Next Post »