Auto-Blogwalking

AUTO-BLOGWALKING

Sekarang ni tengah hangat diperkatan pasal isu auto-blogwalking. Tak tahu siapa yang mula, siapa yang buat atau bagaimana caranya. Dari pemahaman Haw, auto-blogwalking bermaksud aktiviti blogwalking dilakukan pihak lain secara automatik, tak kira samada menggunakan software ataupun script-script khas yang tentunya si bijak pandai programming yang mampu menciptanya. Bagaimana pula link shortcut, adakah ini juga termasuk dalam kemarahan para blogger?

Setelah sekian lama alam blog diujudkan, adakah permasalahan auto-blogwalking ini masih baru? Sedangkan aktiviti blogwalking ni sudah lama diamalkan. Tidak mungkin blogger-blogger otai tak tahu merekacipta auto-blogwalking. Haw percaya bahawa sejak dulu-dulu lagi, semenjak sebelum Haw aktif berblog, sememangnya auto-blogwalking sudah ada.

Bagaimana mengatasinya? Haw yakin, kita sama-sama tiada jawapan.

Perkara ni sebenarnya menimbulkan keraguan pada Haw. Adakah auto-traffic macam yang Haw buat ni juga mengundang kemarahan? Tak kira samada kemarahan para blogger mahupun pihak Nuffnang. Mohon kalian tolong beri jawapan dan pandangan.

Previous
Next Post »