Makcik Zizah


Makcik Zizah

Kesedihan kelmarin masih terasa. Kerana kembalinya ayahanda mertua kepangkuan Maha Esa. Hari ini siapa sangka, giliran makcik pula menuju kesana.

Wahai emak, wahai adik, wahai pakcik, wahai semua sedara-mara, janganlah terlalu berduka. Mari pakat ramai-ramai bertahlil, berdoa sungguh-sungguh hanya kepadaNya. InsyaAllah, mereka dihindar siksa. InsyaAllah, mereka bahagia disana. InsyaAllah kita juga bahagia sama-sama.

Ingatlah, sesungguhnya masa kita akan tiba juga. Mungkin esok, mungkin lusa. Mungkin sedetik lagi pun kita tak akan sangka. Wahai semua insaflah. Perbaiki diri dan dekatkan diri padaNya. InsyaAllah, Allah tak murka.

Pesanan kematian ini khas untuk Haw agar sentiasa ingat mati.

Takziah Haw ucapkan kepada keluarga arwah.
Al-Fatihah.

Previous
Next Post »