Ayah Pengsan

Cerpen Hidup
~ Ayah Pengsan ~

Sepatutnya ada meeting. Meeting diluar pada jam 9:30 pagi. Makanya tak perlulah tergesa-gesa keluar rumah.

Sedang sibuk menggosok baju, tetiba telefon berbunyi. "Apa ayah pengsan?.. jatuh di bilik air?" persoalan-persoalan yang aku dengar ditanya isteriku pada si pemanggil. Dengan muka menahan sebak berita tak gembira tu disampaikan kat aku. Serta-merta plan hari tu bertukar. Balik ke kampung adalah tindakan terbaik pada ketika itu. Serta-merta aku inform project coordinator tak dapat join meeting. Seterusnya rakan sekerja dan manager aku maklumkan, dgn sms je!

"Bang, saya dah tak boleh nak buat apa dah nih (muka macam dah nak nangis)" ngadu isteriku.. aku dgn ala2 macho (mentang2 bukan bapak aku), aku pun slow talk kat dia "dah! dah! tak yah nangis2.. kita nak jalan jauh nih.. tolong kemas apa yg patut.. abang nak g prepare kereta".. maka sibuklah isteri aku mengemas sampai lupa dia dalam pantang, sampai lupa luka bedah tak sembuh sepenuhnya lagi.

Si pemanggil tadi rupanya adik ipar di kampung. Tergesa2 ke rumah ayah bila adik bongsu nangis2 kata ayah pengsan di bilik air. Tak lama selepastu, dia call semula, katanya ayah dah sedar, tapi tak nak ke hospital. Nak tahu kenapa dia tak nak g hospital? Sebab dia nak tengok cucu baru dia nih! ayah kata nanti masuk hospital dah tak boleh tengok dah.

Aku rasa semacam bila dengar permintaan ayah nih! boleh buat aku rasa menyesal seumur hidup kalau betul umur ayah dah tak panjang. Arhhh! tension gak d buatnya. Dah laa jauh. Tujuh lapan jam baru boleh sampai. Dah! aku takmo fikir apa2.. tenangkan perasaan, kosongkan otak.. dengan tenang aku menempuh jalan raya yang alhamdulillah tak berapa sibuk walaupun esoknya raya.

Alhamdulillah, Allah pendekkan masa agaknya. Keluar rumah jam 11 pagi tp sampai kampung lebih kurang dlm jam 5 petang. Jangkaan awal sampai dalam pukul tujuh atau lapan sbb nak drive slow2. Almaklum bawa isteri yg belum pulih sepenuhnya yg nak kena control anak2.

Keadaan ayah agak stabil tapi masih juga tak mahu ke hospital sbb nak tunggu semua cucu sampai. Akhirnya selepas semua anak-beranak dah berkumpul, ayah termakan juga pujukan. Dgn berat hati, ayah berangkat juga ke hospital pada petang raya. Alhamdulillah!

Previous
Next Post »