Link Checker (Penyemak Talian)

Penyemak Talian
(Link Checker)
 
Penyemak talian diperlukan untuk memastikan talian-talian di blog anda tidak terputus. Talian di blog anda seharusnya membawa anda terus ke alamat sesawang yang dikehendaki dan bukan memberikan satu laman kosong yang mengundang kemarahan pengunjung.


W3C Link Checker
W3C Link Checker telah menyediakan perkhidmatan dalam talian secara percuma untuk memudahkan anda menyemak setiap talian di blog anda. Caranya mudah. Masukkan alamat blog anda dan tekan butang 'Check'. Setiap talian di blog anda akan dipaparkan satu persatu.

Antara pilihan-pilihan penyemakan yang diasediakan adalah seperti:

  • Summary only
  • Hide Redirects (all or for directories only)
  • Don't send the Accept-Language header
  • Don't send the Referer header
  • Check linked documents recursively with specific recursion depth.
  • Save options in a cookie

    2bone: The Free Online Link Checker
    Selain W3C, 2bone juga menyediakan perkhidmatan penyemakan dalam talian secara percuma. Bezanya, ia menyediakan semakan pantas di mana hanya sepuluh keputusan semakan akan dipaparkan pada setiap muka surat keputusan.


    Onlinelinkchecker.com
    Sedikit berbeza dengan dua kaedah di atas dimana keputusan semakan akan dihantar melalui email. Syarat utama untuk menyemak di sini ialah dengan memasukkan alamat blog dan juga alamat email anda. Dengan menekan butang 'Activate Link Checker' keputusan semakan akan terus dihantar ke alamat email yang diberi.

    Previous
    Next Post »